Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk
mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka .Sihir digunakan oleh pemerintah untuk
menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain
daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja
yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini
merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari
seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan
kesesatanya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.
Pada suatu hari
ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang
merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama ) yang mana dia begitu
tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Setelah
budak itu mengadu kepada rahib tersebut mengenai tindakan ahli sihir yang
akan dikenakan jika dia terlewat kerana belajar dengan rahib. Lalu rahib
itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya
maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh
keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang
menyebabkan dia kelewatan.
Pada suatu hari
budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menahan dan
menyekat orang ramai yang mana ia kemungkinan sebagaimana singa atau ular yang
besar. Rentetan daripada masalah ini, timbullah satu peluang bagi budak
tersebut untuk menyelesaikan perkara di antara tukang sihir dan rahib bagi
mengetahui yang manakah di anatara mereka berdua berada di dalam kebenaran .
Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut
dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya
rahib itu lebih diredahaiNya berbanding dengan tukang sihir itu. Tiba-tiba
binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran tadi sedangkan orang ramai
menyangka bahawa binatang tersebut tersungkur kerana kelebihan daripada ilmu
sihir yang dipelajarinya.
Setelah rahib
tersebut mengetahui bahawa budak tersebut akan diuji kerana telah
memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu tidak berdakwah secara
senyap sebagaimana yang dilakukan oleh rahib tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut
meminta agar tidak memberitahu mengenainya kepada orang ramai. Pesan rahib lagi
bahawa orang mukmin itu meminta kesejahteraan hanya kepada Allah dan jika diuji
dia bersabar.
Allah swt telah mengurniakan kepada budak
tadi kelebihan menyembuh penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan
dan menyembuhkan penyakit sopak yang mana dia memberitahu bahawa penyembuhnya
adalah Allah.Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya.
Budak tadi tetap dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang
ramai.Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang
pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun memberikan kepada budak
tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya. Budak tersebut memberitahu bahawa
penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa
kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman
dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.
Pada suatu hari, pegawai
tadi telah menghadiri suatu majlis yang mana raja berasa hairan terhadap apa
yang berlaku kepada pegawai itu. Maka dia bertanya:” Siapakah yang menyembuhkan
penglihatanmu”. Lalu pegawai tersebut menjawab:”Tuhanku” . Maka b raja tersebut
bertanya lagi : “Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku ?”. Pegawai itu
menjawab:”Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah “. Maka raja tersebut begitu marah
apabila mendengar jawapan itu yang mana dia menganggap bahawa kata-kata pegawai
nya tadi boleh membawa kepada fitnah yang besar dan boleh menggugat takhta dan
pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat akan merasa bahawa selama ini
mereka telah ditipu dengan dakwaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan
yang patut disembah selain daripada Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan
manusia . Tukang-tukang sihir dan pegawai-pegawai yang jahat itu bekerja siang
dan malam dalam memperbaiki aqidah pegawai tadi maka gementarlah hati raja
tersebut kerana bimbang takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah
menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai beritahu budak
tersebut.
Apabila budak
tadi datang ke istana yang mana raja itu menyangka bahawa budak tadi telah
mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang
sihirnya.Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi
mengingkari sihir dan tukang sihir yang mana dia memberitahu mereka bahawa dia
tidak menggunakan ilmu sihir untuk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah
raja itu.Sebaliknya dia akan berdakwah kepada manusia supaya mengingkari raja
tersebut dan beriman kepada Allah s.w.t yang Esa.
Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dengan tujuan untuk mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh rahib tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah duadengan gergaji.Begitu juga yang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu .Begitulah pemuda yang sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah dan ujian dengan mengutamakan iman daripada kehidupan mereka .Walaupun mereka diuji dengan azab, namun pada hakikatnya mereka berada di dalam pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t serta mendapat keredaanNya dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab neraka yang mana pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t .
Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dengan tujuan untuk mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh rahib tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah duadengan gergaji.Begitu juga yang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu .Begitulah pemuda yang sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah dan ujian dengan mengutamakan iman daripada kehidupan mereka .Walaupun mereka diuji dengan azab, namun pada hakikatnya mereka berada di dalam pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t serta mendapat keredaanNya dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab neraka yang mana pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t .
Raja tersebut
cuba mempengaruhi budak tadi kerana ia boleh mengukuhkan kedudukannya jika dia
kembali kepada agama asalnya kerana budak tadi memiliki sifat-sifat yang unik.
Tambahan pula bapanya adalah daripada kalangan pembesar negara yang mana
raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan bapa budak tersebut dan kekecohan di
kalangan kaumnya. Setelah gagal melembutkan hati budak tadi, mereka telah
merancang untuk membunuhnya dengan pelbagai cara disamping masih memberi
peluang kepada budak tadi untuk kembali kepada aqidah asalnya dengan
menganggap bahawa caran itu akan dapat menakutkan budak tersebut tetapi mereka
telah silap.Rancangan pertama ialah menghantar budak tadi ke puncak
gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam .Lalu budak itu berdoa kepada
tuhanNya. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua
pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu.Kembalilah budak tadi
kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu akan mengenai apa yang menimpa
pegawai-pegawai bersamanya tadi.
Selepas gagal
cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar
lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya . Maka berdoalah budak
tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yang mana kesemua pegawai tadi
ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan
selamatnya.
Suatu peringatan yang
penting di sini ialah mengenai tindakan budak tadi yang mana dia tidak terus
melarikan diri setelah diselamatkan oleh Allah s.w.t tetapi dia tetap
kembali kepada raja tersebut. Ini adalah kerana dia tidak berniat untuk
menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan untuk menzahirkan agama
Allah s.w.t dan meninggikan kalimahNya.Tidak syak lagi orang ramai selalu
mengikuti perkembangan perjalanan budak tersebut sehingga mereka mengetahui apa
yang berlaku kepadanya . Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut di
majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dengan keberanian
budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan
takut.Sebenarnya orang ramai tidak mempercayai segala dakwaan raja mereka
tetapi oleh disebabkan kezaliman raja menyebabkan mereka menyembunyikan perkara
ini.
Raja menyedari akan
kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri
memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Walau dengan
apa cara sekalipun yang dilakukan oleh raja itu namun ia tidak dapat
membunuhnya kecuali dengan cara yang akan diberitahu oleh budak tadi. Budak
tadi meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan
mengikatnya pada suatu batang kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada
simpanannya dan memanahnya dengan berkata:” Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak
ini!”. Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang di suruh oleh budak
itu.
Begitulah peristiwa
yang terjadi yang mana tatkala anak panah itu terkena ke dada budak tadi,
maka raja itu telah memeriksa dengan meletakkan tangannya pada tempat anak
panah tersebut bagi mengesahkan bahawa dia telah mati. Kematian budak tadi
setelah menunjuk cara kepada raja cara untuk membunuhnya apabila raja tersebut
tidak mampu membunuhnya melainkan dengan cara memanah dengan anak panah yang
diambil dari simpanan budak itu sendiri dan bukan menggunakan anak panah yang
lain sambil melafazkan dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini .Jika tidak,
maka raja tersebut tetap menemui jalan kebuntuan di dalam membunuhnya.
Jika perkara ini
terjadi pada zaman kita maka sudah tentu menjadi satu perbalahan dan perbahasan
kepada sesetengah orang yang tidak mendalami dalam bidang agama tentang sejauh
mana kebenaran perbuatan budak tadi . Adakah ia patut menunjukkan jalan kepada
raja tersebut cara yang boleh menyebabkan ia mati ?Atau bukan cara itu akan
membunuhnya. Sesetengah orang yang cetek ilmunya pula mendakwa bahawa
perbuatan budak tadi termasuk di dalam perbuatan membunuh diri. Sebenarnya
membunuh diri adalah perbuatan orang yang berputus asa dan mahu lari daripada
kehidupannya yang sebenar. Sedangkan budak tadi dan orang yang sepertinya
adalah orang yang sanggup berkorban jiwa raga mereka untuk menyebarkan dan
mempertahankan keIslaman dan keimanan mereka .Merekalah yang menentang
kejahatan orang yang berbuat kerosakan dan ini merupakan herdikan
kepada orang kafir.
Bukanlah budak tadi
seorang yang bodoh menuntut kematian tetapi sebenarnya dia begitu berharap
dengan kematiannya itu dapat mengajak orang lain ke arah keimanan kepada Allah
s.w.t dan mengajak orang lain supaya menentang taghut tersebut. Kadang-kadang
ketakutan yang ada pada manusia menyebabkan mereka terhalang daripada mengikuti
kebenaran dan dalam memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi
dengan mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya
adalah merupakan satu contoh kepada orang ramai dalam menyatakan kebenarannya.
Setelah budak
tersebut hampir menemui ajal ,dengan perasaan lega raja tersebut merasakan
bahawa telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah selesai urusannya dengan
mengikis punca dan akar umbi lawannya itu.Tiba-tiba datang pegawainya dengan
tergesa-gesa dan memberitahu bahawa terjadi perkara yang paling ditakuti
oleh raja itu sendiri iaitu berimannya orang ramai kepada Allah s.w.t . Maka
dengan ini tercapailah segala hasrat dan tujuan budak tadi dengan
mengikis perasaan takut orang ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya
dan menjadikan pengorbanan dirinya dijalan Allah s.w.t sebagai suatu wasilah
atau jalan untuk orang ramai beriman dan mentauhidkan Allah s.w.t .
Kemarahan raja tersebut
sampai ke kemuncaknya yang mana dengan segera dia mengarahkan semua pegawai dan
sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan
menghumbankan setiap orang yang tidak mahu kembali kepada agamanya yang asal.
Namun semua orang lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api
neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia yang jauh
bezanya, begitulah mauqif dan pendirian orang mukmin yang sebenarnya.
Suatu peristiwa yang penting
di dalam kisah yang bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yang masih
mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu apabila dia
menghampiri jurang api tersebut hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang
asal lalu dengan izin Allah s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap
kepada ibunya supaya bersabar kerana ia berada di dalam kebenaran dengan
kata-katanya yang berbunyi: ”bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam
kebenaran”. Itulah kebesaran Allah s.w.t untuk mengukuhkan kedudukan dan
keimanan orang mukmin. Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab
pembakaran mereka tersebut di dalam ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yang
bermaksud :” Dan mereka tidak menyiksa orang-oeang mukmin itu
melainkankerana mereka itu beriman kepada Allah yang maha perkasa lagi maha
terpuji yang mempunyia kerajaan langit dan bumi dan Allah maha menyaksikan
segala sesuatu” .
Begitulah kezaliman dan sifat
melampau mereka kerana sanggup membakar kaumnya sendiri diatas sebab tidak
mengikut jalan dan cara yang diciptakan oleh mereka sendiri.Bagi mereka perkara
yang penting ialah dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya jika tidak
semua orang akan di bakar hidup-hidup
PENGAJARAN
KISAH
1. Allah
tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini.
Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah
Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu.Allah taala
senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan
agamaNya
2. Allah
mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan org yang mana
pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di
dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi
akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang di perolehi daripada Abid
dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
3. Iman
tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh Allah didalam
hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.
4. Allah
mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan
lagi keiman adan keyakinan.
5. Orang
kafirn sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di gergaji rahib dan
pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
6. Kita
wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan
budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang api.
7. Di
bolehkan membuat helahn dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan
kebenaran.
8. Orang
yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain
sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untkn
menyesatkan manusia.
9. Mereka
yang benar-benar yakin, Istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja
yang akan mendapat kemenangan.
Kesimpulan
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.
Bibiografi :
1)Al-Quran Al-Karim
2)Ma’a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar
1)Al-Quran Al-Karim
2)Ma’a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar