Thursday 23 April 2020

IHYA RAMADHAN 1441/2020

Majlis Ihya Ramadhan 1441/2020
Peringkat SK Pangkalan TLDM
KOTA KINABALU


Program pengimarahan yang dijalankan bermula 1 Ramadhan 1441 hingga berakhirnya Ramadhan 1441 dalam suasana berbeza pada tahun 2020 ini.

TEMA : RAMADHAN BERZAKAT DAN MENUJU EID DALAM PKP



Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut  diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.


Merupakan salah satu usaha untuk mengimarahkan bulan Ramadhan walaupun di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan oleh kerajaan. 
Ianya juga sebagai satu usaha Panitia Pendidikan Islam untuk menjalankan program-program pendidikan Islam menggunakan media lain.

Merangkumi kuliah dan ceramah para Muallim dan Ulama yang Umara', animasi dan sketsa yang disusun mengikut bab-bab yang terkandung di dalam aktiviti.

Walaupun tidak sehebat mana, namun kami tetap berusaha untuk bersama-sama menginarahkan serta menghayati Ramadhan pada tahun ini dengan kemampuan kami.


KLIK ANIMASI DI BAWAH UNTUK
MENGIKUTI PROGRAM