Wednesday 10 February 2021

SEBUAH RENUNGAN


Firman Allah yang bermaksud:

Wahai anak Adam! Janganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Israa,kerana aku akan memudahkan rezekimu dalam usahamu pada keseluruhan hari itu.


 

Rasulullah s.a.w menggambarkan tentang ruku'

Umpamanya orang yang ruku'nya tidak sempurna adalah seperti seorang wanita hamil yang kandungannya gugur sebelum lahir.

 

Abdullah Bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah s.a.w berkata kepadaku yang sabdanya:

"Seseorang itu bukannya seorang Islam kalau dia tidak solat.Kedudukan solat dalam Islam adalah seumpama kepala kepada badan.

 

         

Anas r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila seseorang bersolat pada waktu yang telah ditetapkan dengan wuduk yang sempurna dengan rasa penuh hina dan tawaduk dan dengan qiam,rukuk dan sujud dilakukan dengan memuaskan,maka solat yang sedemikian itu akannaik dengan rupa yang bercahaya dan indah serta akan mendoakan orang itu dengan kata-kata,Semoga Allah SWT peliharamu sebagaimana kamu telah memeliharaku.

 

Namun seseorang tidak teliti menjaga solatnya dan dia tidak mengambil wuduk dengan sempurna dan qiam,rukuk serta sujudnya tidak dilakukan dengan tertibnya,maka solatnya naik dengan rupa yang gelap lagi buruk dan ia akan mengutuk orang itu dengan kata-kata,Semoga Allah SWT membinasakanmu sebagaiamana kamu membinasakanku,lalu dilemparkan sembahyang itu ke muka  orang itu seumpama kain buruk dilempar."