Thursday 18 March 2021

SOLAT : KENAPA DITINGGALKAN?

 



حدثنا عبيدة بن حميد عن الأعمش عن أبي سفيان عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم نحوه

حدثنا يحيى بن واضح عن حسين بن واقد قال : سمعت ابن بريدة يقول : سمعت أبي يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم : العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة ، فمن تركها فقد كفر

حدثنا شريك عن عاصم عن زر عن عبد الله قال : من لم يصل فلا دين له [ ص: 223 ] حدثنا يزيد بن هارون عن هشام الدستوائي عن يحيى عن أبي قلابة عن أبي مليح عن ابن بريدة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من ترك العصر فقد حبط عمله

حدثنا عيسى ووكيع عن الأوزاعي عن يحيى بن أبي كثير عن أبي قلابة عن أبي المهاجر عن بريدة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من ترك العصر فقد حبط عمله

حدثنا هشيم قال أخبرنا عباد بن راشد المنقري عن أبي قلابة والحسن أنهما كانا جالسين فقال أبو قلابة : قال أبو الدرداء : من ترك العصر حتى يفوته من غير عذر فقد حبط عمله ، قال : وقال الحسن : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من ترك صلاة مكتوبة من غير عذر فقد حبط عمله



Terdapat begitu banyak dalil dan nas di dalam Al-Quran tentang kewajipan solat. Salah satu daripadanya Allah berfirman:
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Thoha : 132)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika mereka meninggalkan solat) semasa mereka berumur sepuluh tahun, dan juga (dalam peringkat umur tersebut) hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka (jauh) antara satu dengan yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Ketika di akhir hayat Baginda Rasulullah s.a.w, baginda berpesan:  Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa
diakhir kalam Baginda Rasulullah s.a.w berwasiat : peliharah Solat ! Peliharalah Solat ! Jagalah hamba- hamba sahaya kamu dan orang- orang di bawah kamu (Hadith riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Solat itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya, kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi).

Juga sabda Baginda s.a.w:
“Dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam agama Islam, diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan.”(Hadith Riwayat At-Tabrani daripada Ibnu Umar
r.a.)

Daripada Abu Hurairah ( r.a ), beliau berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:
‘ Jika seseorang di antara kamu hendak solat, maka hendaklah dia menjadikan sesuatu pembatas seperti berada dihadapannya. Jika tidak menemukan apa-apa objek, maka hendaklah dia memacakkan sebatang tongkat. Jika tidak ada tongkat, maka hendaklah dia membuat garisan di hadapannya sebagai pembatas, kemudian orang yang lalu lalang di hadapannya ( selagi diluar pembatas ) tidak dianggap membahayakan solat.”
( Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban )


Pentingnya solat

1. Solat itu tiang Agama. Penghulu segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak dapat duduk boleh secara berbaring. Tak dapat juga dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum. Terlupa habis waktu, wajib ganti. Jika





musafir, boleh dijama’ (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada. 

2. Sesungguhnya perbuatan meninggalkan solat ini merupakan kes jenayah yang paling berat, kerana ia tonggak segala urusan agama ini. Kerana ia hubungan dari seorang hamba dengan Tuan Penciptanya. Baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat, kefahaman dan lalu penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji. Hal ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam tiap individu. Firman Allah swt:  

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Al-'Ankabuut 45) 
 Sabda Nabi saw: Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah solat. (Sunan at-Tirmidzi no. 2559. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sahih) 

3. Solat adalah ibadat yang sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw lagi. Dalam Al-Quran diceritakan yang Nabi Ibrahim as berdoa kepada Allah untuk dirinya dan zuriatnya agar mendirikan solat sebagaimana Firman Allah swt: 

Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 40) 

Begitu juga Nabi Ismail as:
Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersolat dan menunaikan zakat. (Maryam 55)  

Firman Allah swt sewaktu berkata-kata dengan Nabi Musa as:
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku. (Thaahaa 14) 

Allah swt berpesan kepada Nabi Isa as:
Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup. (Maryam 31)

4. Demikianlah perintah solat merupakan suatu perkara yang telah diwajibkan telah berkurun lamanya. Merupakan syiar seorang hamba yang patuh dan tanggungjawab penting yang telah diwajibkan juga kepada seorang Rasul pilihan Allah. Hinggalah kepada kita sampai hari ini.  
Sabda Nabi saw: Ajarkanlah anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan). Disuruh dalam hadith ini ialah kepada walinya. 

Daripada Imran bin al-Hushain ra, katanya: Aku ada penyakit bawasir, maka aku bertanya Nabi saw tentang bagaimana dengan solat. Lalu Nabi saw bersabda: Solatlah berdiri, jika tak mampu dalam keadaan duduk, jika tak mampu dalam keadaan berbaring. (Riwayat Bukhari) 

 Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi. (Riwayat Tirmidzi, Hasan)
(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat. (Riwayat Muslim) 

5. Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasa berdoa memohon hidayah dan rahmat-Nya. Sama-sama kita pelihara sebaiknya solat kita, hanya 5 kali sehari. Masukkan dan jadikan dalam rutin kerja yang memang wajib bagi diri kita. Ada waktu yang khusus untuk solat dengan sempurna. Usaha jangan biar jadi hal yang membebankan. Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (At-Tahrim 6). Inilah kejayaan yang kita inginkan, dunia dan akhirat yang berkekalan kelak.  

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha 132)

6. Dalam keadaan macam mana sekalipun, peliharalah sungguh-sungguh hal solat ini. Ketika terlalu lemah dan malas sangatpun, tidak mampu yang lain, jangan dibiar terabai solat kita. Jika solat sudah awal lagi tak ditunai, memang tiada guna hidup kita. Kita rasa malas dan berat kerana belum memahaminya dan dosa yang banyak masih diselangi dan dibiasai. Kita tak ingin bersedia untuk menjadi hamba yang taat. Berada dalam rahmat dan redha Allah. Janganlah diremehkan dan masih dianggap biasa dalam sering menangguh dan tidak bersedia itu.



Meninggalkan Solat:

Rasulullah s.a.w bersabda:
Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Riwayat At-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w juga bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (Riwayat Muslim)

Diterangkan oleh Imam An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, di antaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” [Ash-Sholah, hal. 7]

Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang dibenarkan.” [Al-Kaba’ir, hal. 25]

Amirul Mukminin, ‘Umar bin Al Khaththob r.a mengatakan, “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tiada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“

Ulama’ yang tidak mengkafirkan orang yang meninggalkan solat mengambil hujah sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Barangsiapa mengucapkan; "Lailla haillahllah", masuklah ia kedalam syurga". (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah; An-Nail 1:376 - As-Sholah Ibnul Qayyim 39).

Ulama’ yang menyuruh membunuh orang yang tidak mau bersolat sesudah disuruh bertaubat, berhujjah dengan: Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Saya diperintah memerangi manusia sehingga mereka mengucap Lailahaillahllah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan yang demikian, nescaya mereka pelihara darah-darah dan harta-harta mereka daripadaku". (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar; Nailul-Authar 1:364).

Firman Allah s.w.t.:bermaksud:"Maka jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, lepaskanlah perjalanan mereka". (At-Taubah ayat 12).

Ulama’ yang tidak menghukum membunuh orang yang tidak mengerjakan solat, berhujah dengan: Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
       "Tidak halal dari seorang Muslim yang mengaku bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku pesuruh Allah, melainkan dengan kerana salah satu dari tiga perkara; pertama tsaib (janda) mengerjakan zina, kedua membunuh orang dan ketiga meninggalkan agama dan menentang jamaah". (Riwayat Bukhari dan Muslim, Muftahul-Khathabah 219).

Dari Thauban r.a (bekas budak Nabi s.a.w), beliau mendengar Rasulullah s.a.w  bersabda:

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ

Pemisah Antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” (Riwayat At-Thabariy dengan sanad sahih. Syeikh Al 
Albani mengatakan hadith ini sahih. Lihat Shohih At Targib wa At Tarhib )

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ تَرَكَ صَلاَةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّداً فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ

Barangsiapa meninggalkan solat yang wajib dengan sengaja, maka janji Allah terlepas darinya. ” (Riwayat 
Ahmad Dikatakan hasan lighoirihi oleh Syeikh Al Albani dalam Sohih At Targib wa At Tarhi

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ صَلَّى صَلاَتَنَا ، وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا ، وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا ، فَهُوَ المُسْلِمُ لَهُ مَا لَنَا وَعَلَيْهِ مَا عَلَيْنَا

Barangsiapa mengerjakan solat kami, menghadap kiblat kami, dan memakan sembelihan kami; maka dia adalah muslim. Dia memiliki hak sebagaimana hak umumnya kaum muslimin. Demikian juga memiliki kewajiban sebagaimana kewajiban kaum muslimin.” (Lihat Syarhul ‘Aqidah Ath Thohawiyyah Al Albani, 351. Beliau mengatakan bahawa hadith ini sohih)

Diriwayatkan Mihjan bin Al-Adro’ Al-Aslamiy bahawa:

أَنَّهُ كَانَ فِى مَجْلِسٍ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَذَّنَ بِالصَّلاَةِ – فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ رَجَعَ وَمِحْجَنٌ فِى مَجْلِسِهِ – فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا مَنَعَكَ أَنْ تُصَلِّىَ أَلَسْتَ بِرَجُلٍ مُسْلِمٍ ». قَالَ بَلَى وَلَكِنِّى كُنْتُ قَدْ صَلَّيْتُ فِى أَهْلِى فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا جِئْتَ فَصَلِّ مَعَ النَّاسِ وَإِنْ كُنْتَ قَدْ صَلَّيْتَ ».

Beliau pernah berada di majlis bersama Nabi s.a.w, lalu dikumandangkan adan untuk solat. Kemudian beliau (nabi s.a.w ) berdiri, lalu kembali (ke belakang), sedangkan Mihjan masih duduk di tempat semula. Kemudian Rasulullah s.a.w  bertanya:  ”Apa yang menghalangimu dari melakukan solat, bukankah engkau adalah seorang muslim?” Lalu Mihjan menjawab, ”Betul. Akan tetapi saya sudah melaksanakan solat bersama keluargaku.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:  ”Apabila engkau datang, solatlah bersama orang-orang, walaupun engkau sudah solat.” (Riwayat An-Nasa’i . Dikatakan sahih oleh Syeikh Al Albani dalam Sohih wa Dho’if Sunan An-Nasa’i)

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha berkata bahawa Rasulullah s.a  bersabda:

سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِىَ وَتَابَعَ

Suatu ketika akan datang para pemimpin. Mereka melakukan amalan ma’ruf (kebajikan) dan kemungkaran (kejelekan). Barangsiapa mengetahui bahawa itu adalah kemungkaran maka dia telah bebas. Barangsiapa mengingkarinya maka dia selamat. Sedangkan (dosa dan hukuman adalah) bagi siapa yang redha dan mengikutinya.” Kemudian para sahabat berkata, “Apakah kami boleh memerangi mereka.” Rasulullah s.a.w menjawab,

لاَ مَا صَلَّوْا

Jangan selama mereka mengerjakan solat.” (Riwayat Muslim  Lihat penjelasan hadith ini di Ad Dibaj ‘ala Muslim, 4/462 dan Syarha An Nawawi ‘ala Muslim, 6/327)

Dari ‘Auf bin Malik r.a, Nabi s.a.w  bersabda:

خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ». قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ « لاَ مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلاَةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلاَ تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ ».

Sebaik-baik pemimpin-pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka pun mencintai kalian. Mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Sejelek-jelek pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka pun membenci kalian, juga kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Kemudian ada yang berkata, ”Wahai Rasulullah, tidakkah kita menentang mereka dengan pedang?”   Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak, selama mereka masih mendirikan solat di tengah-tengah kalian. Jika kalian melihat dari pemimpin kalian sesuatu yang kalian benci, maka bencilah amalannya  dan janganlah melepas ketaatan kepadanya.” (Riwayat Muslim)

Dari ‘Ubadah bin As-Shamit r.a:

دَعَانَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَبَايَعْنَاهُ فَكَانَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِى مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةٍ عَلَيْنَا وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ قَالَ « إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ »

Rasulullah s.a.w mengajak kami untuk berbai’at, lalu kami berbai’at kepadanya. Bai’at tersebut mewajibkan kami untuk mendengar dan selalu taat kepada penguasa dalam keadaan senang atau benci, sulit atau lapang, dan mengalahkan kepentingan kami, juga tidak menentangnya. Baginda s.a.w bersabda, ’Sampai kalian melihat adanya kekufuran yang nyata dan kalian memiliki bukti dari Allah’.” (Riwayat  Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku."
(Riwayat Bukhari)


Huraian:  
1.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2.Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
3.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
4.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

SOLAT PEMBINA UMMAH

 Solat lima waktu adalah induk segala amal ibadah dan amal soleh. Solat adalah rukun Islam. Tanpa solat akan cacatlah rukun Islam itu.


Solat juga adalah ibadah yang mampu menjana keupayaan umat Islam menjadi umat yang Berjaya dan
cemerlang di dunia dan akhirat. Dalam sehari lima kali dikumandangkan azan terdapat kalimah ‘HAYYA

‘ALASSOLAH’ (marilah solat) dan ‘HAYYA ‘ALAL-FALAH’ (marilah menuju kejayaan), kedua kalimah ini diulang duadua kali setiap kali azan dikumandangkan dan diulang lagi ketika iqamah untuk mendirikan solat fardu lima waktu.


Semua ini menunjukkan solat itu satu ibadah yang besar dan penting dalam kehidupan umat Islam. Malah ia menjadi satu ibadah yang menghubung serta mendekatkan seorang hamba dengan Khaliq, yakni hubungan kita dengan Allah

Marilah kita fahami dan hayati ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan beberapa kali kalimah solat yang dikaitkan dengan kehidupan manusia dan sifat-sifat terpuji, antaranya:

1.            Solat penentu berjaya atau gagalnya hidup setiap umat Islam. Firman Allah SWT: 

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

 “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya”.
(Surah Al-Mu’minun, ayat: 1-2)

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan: Orang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagian yang kekal di akhirat kelak ialah orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dan solat yang sempurna itu ialah solat yang dikerjakan dengan khusyuk, yakni sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati.
(Sesungguhnya) lafaz Qad di sini menunjukkan makna Tahqiq, ertinya sungguh telah pasti (beruntunglah) berbahagialah (orang-orang yang beriman).  (Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya) dengan merendahkan diri penuh perasaan kepada Allah. (Tafsir Jalalain)
Manakala Tafsir Ibnu Kathir menyatakan : Kemenangan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan ajaran-ajaran yang dibawa rasul-rasul-Nya telah tercapai. Cita-cita mereka telah menjadi kenyataan. Iaitu orang-orang yang menyertakan keimanannya itu dengan amal soleh. Dalam melaksanakan solat, misalnya, mereka menghadapkan diri sepenuh hati, merasa takut, merendah dan tunduk secara mutlak kepada Allah swt.



2.            Umat yang menjaga solat mereka. Firman Allah SWT lagi dalam Surah yang sama: 

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

 “Dan mereka yang tetap memelihara solatnya”. (Al-Mu’minun, ayat:9)

Ayat ini menjelaskan, mereka, yakni umat Islam yang memelihara solat, iaitu orang yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna.
Tafsir Ibnu Kathir : Mereka juga selalu melaksanakan solat dengan khusyuk, tepat pada waktunya dan lengkap dengan rukun-rukunnya, hingga benar- benar melaksanakannya sesuai tujuan solat, iaitu mencegah kejahatan dan kemungkaran.

Oleh yang demikian umat Islam yang tidak memelihara solatnya adalah umat yang gagal. Gagal dalam menjaga masa. Gagal dalam pengurusan rumahtangga. Gagal dalam mendidik anak-anak dan ahli keluarga. Gagal dalam perniagaan. Gagal dalam kepimpinan. Gagal dalam pengajian. Gagal dalam kehidupan. Gagal dalam serba serbi kehidupannya.


3.            Sifat taqwa dan solat. Firman Allah SWT: 

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 “Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepada-Nya dan kerjakanlah solat dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik”. (Surah Ar-Ruum, ayat: 31)

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya ayat ini :
“Jadilah kalian orang-orang yang kembali kepada-Nya. Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kalian. Tinggalkanlah apa yang dilarang, dan peliharalah solat, serta janganlah menjadi golongan orang- orang yang menyekutukan Allah.

Manakala Imam Jalalain pula mentafsirkan :
(Dengan kembali) bertaubat (kepada-Nya) kepada Allah swt.,iaitu melaksanakan apa-apa yang diperintahkan oleh-Nya dan menjauhi hal-hal yang dilarang oleh-Nya. Lafaz ayat ini merupakan hal atau kata keterangan keadaan bagi fa'il atau subjek yang terkandung di dalam lafaz aqim beserta makna yang

dimaksud daripadanya, iaitu hadapkanlah wajah kalian (dan bertakwalah kalian kepada-Nya) takutlah kalian kepada-Nya (serta dirikanlah solat dan janganlah kalian termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah).


Maka di dalam ayat ini, terdapat dua perintah beriringan sekaligus, iaitu:
perintah bertaqwa dan perintah mendirikan solat. Ini bermakna kedua-dua penting dan saling kait-mengait bagai isi dan kuku. Makna yang lain orang yang bertaqwa mesti orang yang sentiasa mendirikan serta menjaga solatnya dan orang yang sentiasa menjaga solatnya adalah orang yang bertaqwa.


4.            Solat dan pertolongan Allah sepertimana firman-Nya: 

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
  

 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadanya”. (Surah Al-Baqarah, ayat: 45-46)

Imam Jalalain menjelaskan :
 (Mintalah pertolongan) dalam menghadapi urusan atau kesulitan-kesulitanmu (dengan jalan bersabar) menahan diri dari perkara-perkara yang tidak baik (dengan solat). Khusus disebutkan di sini untuk menyatakan bagaimana pentingnya solat itu. Dalam sebuah hadis disebutkan bahwa jika Nabi saw. hatinya risau disebabkan sesuatu masalah, maka beliau segera melakukan solat. Ada pula yang mengatakan bahawa perkataan ini ditujukan kepada orang-orang Yahudi yang terhalang beriman disebabkan ketamakkan dan ingin kedudukan. Maka mereka disuruh bersabar yang maksudnya ialah berpuasa, kerana berpuasa dapat melenyapkan itu. Solat dapat menimbulkan kekhusyukan dan membasmi ketakaburan. (Dan sesungguhnya ia) maksudnya solat (amat berat) akan terasa berat (kecuali bagi orang-orang yang khusyuk) yang cenderung kepada berbuat taat. (Orang-orang yang yakin) (bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka) ketika berbangkit (dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya), iaitu di akhirat dan bahawa Dia akan membalas segala perbuatan mereka.

Manakala Imam Ibnu Kathir pula menyatakan :

Jadikanlah kesabaran dan sikap menahan diri dari apa yang kalian benci sebagai penolong dalam menjalankan beban ini. Salah satu caranya adalah dengan berpuasa. Dan jadikan solat yang sangat besar maknanya itu  sebagai penolong juga, kerana solat itu menyucikan hati dan mencegah kekejian dan

kemungkaran. Kerananya, beban itu akan terasa sangat berat dan sulit kecuali bagi orang-orang yang tunduk dan menyukai ketaatan. Iaitu orang- orang yang hatinya merasa tenteram dengan berzikir kepada Allah. Orang-orang yang tunduk dan berhati tenang itu adalah mereka yang beriman kepada hari akhir dan meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhan pada hari kebangkitan. Hanya kepada  Nyalah mereka akan kembali untuk dihisab dan diberi ganjaran atas perbuatan mereka.




Maka ayat ini menjelaskan tentang ibadat solat itu satu ibadat yang berat, tetapi ia menjadi ringan serta mudah bagi orang yang meyakini akan bertemu dengan Allah Ta’ala dan akan kembali jua kepada-Nya. Mereka itu adalah orang yang khusyuk dalam mengerjakan solat. Dan melalui ibadah solat ini juga umat Islam boleh meminta pertolongan kepada Allah SWT.


5.            Solat dan sifat sabar. Firman Allah: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

 “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat, kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar”. (Surah Al-Baqarah, ayat: 153)

Dalam tafsir Ibnu kathir :

Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah kesabaran dalam menghadapi cobaan hidup dan solat  yang merupakan induk dari segala peribadatan  sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah Yang Maha Menundukkan selalu bersama orang-orang yang penyabar. Dialah pelindung dan penolong mereka.

Manakala Imam Jalalain pula mentafsirkan ayat di atas dengan :

(Hai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan) untuk mencapai kebahagiaan di akhirat (dengan jalan bersabar) taat melakukan ibadah dan sabar menghadapi cubaan (dan mengerjakan solat) dikhususkan menyebutkannya disebabkan berat dan berulang-ulang (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar) ertinya selalu melimpahkan pertolongan-Nya kepada mereka.

Kedua-dua ayat di atas menegaskankan bahawa sesungguhnya orang yang sentiasa menjaga dan menunaikan solat serta bersabar pasti akan diberikan pertolongan di sisi Allah SWT. Manakala orang yang sabar itu ialah orang yang tidak hilang semangat dan upaya diri ketika menempuh kesukaran dan ujian kesusahan. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa berserta dan menolong orang yang sabar itu.


6.            Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah SWT: 

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

 ‘Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Ankabut, ayat: 45)

Dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menghuraikan ayat ini: Yakni bacalah dan sampaikanlah Al Quran ini kepada umatmu dan suruhlah mereka membacanya, mempelajari kandungannya dan mengamalkannya. Dan kerjakanlah solat dengan tekun dan sempurna, ikhlas dan khusyuk, kerana solat yang demikian keadaannya akan mencegah orang yang mengerjakannya dari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Dan hendaklah engkau dan umatmu sentiasa menyebut dan mengingati Allah Ta’ala, kerana yang demikian sangat besar manfaatnya.

Dari ayat di atas Imam Ibnu Kathir menyatakan :
Bacalah kitab Allah (Al-Quran), wahai Nabi, dan jangan pedulikan mereka, serta kerjakanlah solat dengan ketentuan yang benar. Kerana solat yang disertai dengan keikhlasan akan memalingkan orang yang mengerjakannya dari dosa-dosa besar dan segala yang tidak dibolehkan dalam hukum agama. Sesungguhnya 

di dalam ketakwaan kepada Allah dan khusyuk kepada- Nya dalam solat dan lainnya, terdapat pengaruh dan pahala yang terbesar. Allah Maha Mengetahui kebaikan dan kejahatan yang kalian lakukan, kemudian memberikan balasan pada kalian atasnya.


Manakala dalam tafsir Jalalain :
(Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Alkitab) kitab Al-Quran (dan dirikanlah solat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar) menurut syariat seharusnya solat menjadi benteng bagi seseorang dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar, selagi ia benar-benar mengerjakannya. (Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar keutamaannya) daripada ibadah-ibadah dan amal-amal ketaatan lainnya. (Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan) maka Dia membalasnya kepada kalian.


7.         Solat dan kehidupan harian tidak boleh dipisahkan. Firman Allah SWT: 

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

“Dan apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu baring kamu. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman”. (Surah An-Nisaa’, ayat: 103)

Mafhum dari ayat di atas, menunjukkan bahawa waktu-waktu solat fardhu itu merupakan waktu yang telah ditentukan. Ia mempunyai rahsia dan hikmah yang amat banyak bagi kehidupan seharian umat Islam dan orang beriman, kenapa ia ditentukan demikian, tidak dalam satu waktu sekaligus.

Dalam tafsir Ibnu kathir :

Apabila kalian selesai melaksanakan solat khauf, iaitu solat dalam keadaan perang, jangan lupa berzikir kepada Allah. Berzikirlah kepada-Nya dalam keadaan berdiri, berperang, duduk dan tidur. Kerana, zikir dengan menyebut nama Allah akan dapat memantapkan dan menenangkan hati. Jika rasa takut telah hilang, laksanakanlah solat dengan sempurna. Sebab, pada dasarnya, solat merupakan kewajiban umat Islam yang mempunyai waktu-waktu tertentu.

Manakalah dalam tafsir Jalalain pula :
(Dan apabila kamu telah menyelesaikan solat, maka ingatlah Allah) dengan membaca tahlil dan tasbih (baik di waktu berdiri mahupun di waktu duduk dan berbaring) tegasnya pada setiap saat. (Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram) ertinya aman dari bahaya (maka dirikanlah solat itu) sebagaimana mestinya. (Sesungguhnya solat itu atas orang-orang yang beriman adalah suatu kewajiban) ertinya suatu fardhu (yang ditetapkan waktunya) maka janganlah diundur atau ditangguhkan mengerjakannya. Ayat berikut turun tatkala Rasulullah saw. mengirim satu pasukan tentara untuk menyusul Abu Sufyan dan anak buahnya ketika mereka kembali dari perang Uhud. Mereka mengeluh kerana menderita luka.
Ini bermakna waktu solat itu disyariatkan supaya umat Islam dapat menguruskan hidup dan masa dengan lebih baik serta sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Kita dalam hidup seharian ini tidak akan terputus hubungan dengan Allah SWT. Inilah kualiti hidup umat Islam dan orang yang beriman itu.


8.         Solat, kebersihan dan pakaian sepertimana firman Allah SWT: 

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-A'raaf , ayat: 31)

Hai anak Adam, pakailah hiasan-hiasan yang berupa pakaian yang menutupi aurat dan pakaian bermoral iaitu berupa takwa, di setiap tempat solat, waktu melaksanakan ibadah dan menikmati makanan dan minuman. Semua itu kalian lakukan dengan tanpa berlebih-lebihan. Maka jangan mengambil yang haram. Dan jangan melampaui batas yang rasional dari kesenangan tersebut. Allah tidak merestui orang-orang yang berlebih-lebihan. (Tafdir Ibnu kathir)

(Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah) iaitu buat menutupi auratmu (di setiap memasuki masjid) iaitu di kala hendak melakukan solat dan tawaf (makan dan minumlah) sesukamu (dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan). (Tafsir Jalalain)

Pengajaran daripada ayat diatas ialah bahawa solat, kebersihan dan pakaian yang kemas atau indah itu merupakan elemen yang juga diambil berat dalam ibadah. Maknanya kebersihan serta pakaian kemas dan indah dalam amal ibadah itu amat dititik berat dalam Syariat Islam.
Pentingnya  ibadat solat :
Pada hari akhirat nanti solat juga adalah ibadah yang pertama dan yang paling utama akan disoal dari segala amal ibadah dan amal soleh. Sabda Rasulullah saw:

”Sesungguhnya perkara pertama diperhitungkan terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya ialah tentang solatnya. Jika solatnya baik, maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah dia. Dan jika solatnya buruk, maka kecewalah dan rugilah dia”.
(Riwayat An-Nasa’i dan At-Tirmizi)

Tidak menjaga dan tidak mengerjakan solat menjadi punca kegagalan umat Islam, sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja, maka Allah akan menggagalkan amalannya (usahanya)”.
(Riwayat Bukhari) 

Rasulullah saw juga  menjelaskan pentingnya solat dalam kehidupan umat Islam, sabda Baginda:
“Adalah Rasulullah saw apabila menghadapi suatu dilemma (situasi yang sukar dan membingungkan) beliau solat”. (Riwayat Ahmad)

Solat jemaah dan kesannya dalam kehidupan umat. Sabda Rasulullah SAW: “Solat jemaah pahalanya melebihi solat sendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. (Riwayat  Muttafaqqun ‘alaih)

Pengajaran daripada Hadith ini, ialah solat itu merupakan ibadah paling utama dalam kehidupan umat Islam. Umpama umat Islam yang menjaga solat adalah pra syarat menjadi umat yang Berjaya dalam kerjaya, kehidupan dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Pendek kata, umat Islam yang sentiasa menjaga solat adalah umat yang paling Berjaya dan gagal menjaga ibadah solat akan gagallah dalam kehidupan ini. Moga kita bukan termasuk golongan yang gagal itu.
Betapa pentingnya ibadat solat dalam kehidupan umat Islam, kerana itu juga Nabi SAW pernah menegaskan dalam Hadithnya supaya ibubapa bapa mengajarkan solat ketika berumur tujuh tahun lagi.

Ingatlah, akibat umat yang mengabaikan solat, firman Allah SWT:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

 “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)”. (Surah Maryam, ayat: 59)

Dalam tafsir Ibnu Kathir dijelaskan ayat di atas :

Sesudah orang-orang pilihan itu, datanglah generasi-generasi yang tidak mengikuti petunjuk mereka. Generasi tersebut meninggalkan solat, tidak mau mengambil manfaat dan petunjuk dari solat serta bergelumang dalam kemaksiatan. Kelak, mereka akan menerima balasan kesesatan mereka di dunia dan akhirat.

Manakala Imam Jalalain pula mentafsirkannya dengan :

(Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang jelek yang mensia-siakan dan melalaikan solat) dengan cara meninggalkannya seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani (dan memperturutkan hawa nafsunya) gemar melakukan perbuatan-perbuatan maksiat (maka mereka kelak akan menemui kesesatan) ghayya adalah nama sebuah lembah di neraka Jahanam, mereka akan dijerumuskan ke dalamnya.

Maka marilah kita merenung dan menjaga diri dan ahli keluarga dnganmendirikan solat, kerana solatlah penentu hidup kita di dunia dan di akhirat. Fiman allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 :

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.