Sunday 31 January 2021
Tuesday 26 January 2021
TAMAN-TAMAN HIKMAH
"Jika kau dapati tanganmu tertahan ketika membuka mushaf Al-Quran, lidahmu terasa berat untuk berzikir, maka percayalah bahawa saat itu hatimu sedang berat kerana dosa, dan ia memberatkan anggota badanmu pula untuk beramal."
Imam Abdullah bin al-Mubarak pernah bermadah:
elah bersikap sombong.
Imam Hasan Al-Basri berkata :
Ulama Salaf berpesan :
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
Pesanan Imam al-Junid al-Baghdadi:
Hatimu itu rumah Allah. Jangan biarkan yang lain duduk di dalamnya kecuali ALLAH. Subhanallah.. kalimat indah dari kekasih Allah.. Orang yang dekat dengan Allah, kata-kata mereka sangat berkat.
Sunday 24 January 2021
BERPESAN KEBAIKAN
1. Berjihad
عن أنس رضي الله عنه ، أن النبي صل الله
عليه وسلّم قال
جاهدوا المشركين بأموالكم ، وأنفسكم ،
وألسنكم .
(رواه احمد و النسائي
وصححّة الحاكيم )
“Daripada Anas r.a
menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Birjihadlah kamu melawan
orang-orang musyrik samada dengan harta, jiwa mahupun lisan kamu.””
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i : dinilai sahih oleh Imam Al-Hakim dan
sahih menurut Syeikh Al-Albani)
2. Solat di kenderaan
Amir Ibnu Rabi’ah berkata :
“Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w solat di atas unta
kenderaannya dengan menghadap ke arah manapun yang ditempuh oleh unta
kenderaannya.”
(Riwayat Bukharin dan Muslim)
Imam Bukhari dalam riwayatnya menambah : “Baginda Rasulullah s.a.w
hanya berisyarat dengan kepalanya namun solat yang dilakukan itu bukanlah solat
fardhu.”
(Sahih menurut Syeikh Al-Albani)
3. Ketaatan kepada Rasul
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan.”
Sahabat bertanya :”Siapakah mereka yang enggan itu wahai
Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab : “Seiapa yang taat kepadaku dia pasti
akan masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka bererti dia enggan.”
(Riwayat Bukhari)
“Taat kepada Rasul bererti taat kepada Allah. Maksiat kepada Rasul
bererti maksiat kepada Allah. Sesungguhnya jalan selamat dan benteng daripada
kesesatan adalah berpegang teguh kepada Al-Quran.”
(Manhaj Salafus Soleh)
4. Ketinggian ilmu
perubatan
“Aku tidak pernah melihat ilmu yang mulia selepas ilmu syar’i lebih
daripada ilmu perubatan.”
“Ilmu itu ada dua :
1. Ilmu syari’at untuk akhirat dan
2. Ilmu perubatan untuk anggota badan.”
(Imam As-Syafi’i)
5. Persahabatan
“Janganlah kalian bersahabat dengan mereka yang tidak mampu
mempamerkan kebaikan akhlak rohaniah mereka dan mereka yang tidak mampu menegur
dengan lidahnya supaya kita mengingati Allah.”
(Al-Imam Sayyidi Ibn Ata’ilah)
6. Pertanyaan
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidak bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang
empat perkara :
1. Tentang umurnya. Untuk apa ia habiskan.
2. Tentang ilmunya. Untuk apa ia amalkan.
3. Tentang hartanya. Dari mana ia perolehi dan ke mana ia
belanjakan.
4. Tentang badannya. Untuk apa ia gunakan.”
(Sunan At-Tarmizi)
7. Syaitan dan hantu
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan bahawa :
“Sesungguhnya hantu pernah mereka sebutkan di sisi Sayidina Umar
Al-Khattab. Maka beliau berkata : “Bahawasanya tidak ada yang mampu untuk
merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah pada mulanya. Namun mereka
mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir yang berada di antara kamu.
Apabila kamu melihat perkara itu, maka ucapkanlah azan kepada mereka.”
(Ibnu Hajar Al-Asqalani : Fathul Barri)
“Tidak ada kemampuan bagi syaitan untuk mengubah penciptaan mereka
dan berubah bentuk. Namun Allah boleh sahaja mengajarkan kepada mereka beberapa
kalimah dan perbuatan. Jika mereka mengucapkan kalimah-kalimah tersebut atau
melakukan perbuatan-perbuatan tersebut, Allah akan mengubahnya dari satu bentuk
ke bentuk yang lain.”
Dikatakan : Syaitan mampu untuk mengubah bentuk dan membuat
khayalan dengan maksud bahawa ia mampu untuk satu perkataan yang jika ia
mengatakannya atau melakukannya, maka Allah akan mengubahnya daripada satu
bentuk kepada bentuk yang baru sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Adapun
jika ia mengubah dirinya sendiri, maka hal itu adalah msutahil kerana berubah
dirinya dari satu bentuk kepada bentuk yang lain akan menguraikan struktur dan
merombak bahagian-bahagiannya. Apabila hal itu terjadi, maka musnahlah kehidupan.
(Al-Qadhi Abu Ya’la Muhammad bin Al-Husain bin Al-Fara’ : Aakam
Al-Marjan)
8. Iman
Abul Qasim Al-Hakim ketika ditanyakan pertanyaan apakah dosa yang
menyebabkan tercabutnya iman?
Dia menjawab : “ Ya, ada tiga dosa yang memungkinkan tercabutnya iman
:
1. Jika tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman,
2. Jika tidak khuatur (takut) akan tecabutnya iman, maka
kemungkinan imannya tercabut,
3. Jika berlaku zalim terhadap orang-orang islam.”
“Ya Allah, sesungguhnya yang sangat menggembirakan aku aialah
kerana Engkau memberiku iman, tetapi aku takut kalau-kalau iman itu Engkau
cabut daripadaku, maka selama perasaan takut ini ada padaku, aku mengharapkan
janganlah Engkau mencabut iman itu daripadaku.”
(Doa Yahya bin Mu’adz Ar-Razi)
Hasan Al-Basri berkata :
“Akan ada seorang yang diseksa dalam neraka selama seribu tahun
kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. “Aduhai sekiranya akulah
orang itu”.
Ia berkata sedemikian kerana ia khuatir dari su’ul khatimah.
Saturday 16 January 2021
BACALAH AL-QURAN
Dari kitab MUROTTALQURA'N
Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang membaca Al Quran,
mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada
hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan
dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, keduanya
bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: "kerana kamu berdua
memerintahkan anak kamu untuk mempelajari Al Quran".
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya
malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang
mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau
duduk atau berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: Ya Tuhan kami,
tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa neraka'' (Ali 'Imran: 190-191).
Rasullullah s.a.w bersabda: "Alangkah rugi dan celakanya orang-orang
yang membaca ini dan tidak memikir dan merenungkan kandungan ertinya"
"Maka mengapakah mereka tidak mau mentadabburi al-Qur'an? Apakah
kerana hati mereka terkunci mati?" (QS 47:24)
"Dan Kami turunkan dari Alquran suatu yang menjadi penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman.".(Al-Israa':82)
"Dan apabila dibacakan Al quran, maka dengarkanlah baik-baik,
dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat".(QS.
7:204)
Dari Umar bin al Khatthab ra, (Riwayat Muslim). bahwa Nabi Muhammad
saw. bersabda
"Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan
merendahkan sebahagian lainnya dengan sebab Al Qur'an."
Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dari Uthman r.a. bahawa Nabi
Muhammad Saw bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan
mengajarkannya".
Dari kitab Mafaatiihu Li at-Ta’ammuli ma’al-Qur’an
"Maka mengapakah mereka tidak mau mentadabburi al-Qur'an? Apakah
kerana hati mereka terkunci mati?" (QS 47:24)
Ada beberapa tahap agar kita mampu untuk memahami dan mampu
berinteraksi dengan Al-Quran.
Memperhatikan adab tilawah.
Membaca satu surat, satu
juz, atau satu ruku’ dengan perlahan- lahan, khusyu’, tadabbur dan penuh
penghayatan. Tidak mementingkan target dalam satu hari harus selesai satu
surat, satu juz atau beberapa lembar.
Memperhatikan dan merenungi
satu ayat, diperdalam untuk mendapatkan erti yang terkandung dalam ayat
tersebut, dengan cara dibaca dengan penuh perasaan dan penghayatan,
mendengarkan dari bacaan orang lain atau kaset dan dilakukan berulangulang
sampai mendapat erti yang terkandung dalam ayat tersebut.
Mempelajari secara
terperinci susunan kata, konteks kalimah, erti yang terkandung, sebab turunnya
(asbabun nuzul), i'rab sampai
betul-betul memahami seluk-beluk ayat tersebut dan berbagai sudut pandang.
Memahami konteks ayat dengan
keadaan semasa.
Merujuk kepada yang difahami
oleh para salafus solih terutama pemahaman para shahabat. Hal ini disebabkan
mereka lebih ahli dibanding Profesor Al-Quran terpintar dizaman ini pun, kerana
mereka mendapat petunjuk langsung dari Rasulullah saw. Oleh kerana itu, dari
aspek kesopanan dan aspek ilmiah, kita harus lebih mendahulukan pemahaman para
shahabat. Hal ini untuk mencegah agar Al-Quran tidak difahami sesuai dengan
hawa nafsu kita.
Mempelajari pendapat para
ahli tafsir yang memiliki ketinggian ilmiah.
-
Ahli terdiri daripada pelbagai kaum membina Mahabbah dan Ta'aawun Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441 Peringkat Sek...
-
"Jika kau dapati tanganmu tertahan ketika membuka mushaf Al-Quran, lidahmu terasa berat untuk berzikir, maka percayalah bahawa saat i...